apabila ct Membebel

Owner!


[My words]
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)

Status : YOUR STATUS HERE


Mereka yg Ikut Ct!


My Tabungan



Meh tinggal mesej!


Live Traffic!


Credit!


Basecode by: Syuhada
Template by: Izyanyancinnamon
Full edited: Ct
Best view: Mozilla firefox
Bread Puding
Assalamualikum WBT..

Dah lama resepi ni tersimpan.. Nak publish asyik tertangguh je.. 
Macam la ko busy sgt makcik Ct oooiii.. hukk..huk..huk..

Ct mmg suka betul dgn puding roti ni..
kalo mak Ct dia panggil Bengkang Roti.. Tapi takde la cream sos sauce bagai kan..
Mmg sedap la..

Tapi resepi ni Ct dapat dari kak Nani Rostam .
Nani Rostam ni mak Hanis Zalikha tau.. patut la si Hanis tu cantik.. Mak dia pun sama cantiknya..
Membodek ke hapa ko ni Ct..huhu..


Resepi ni mmg sedap.. Rasa puding roti bersama cream sauce ni ala-ala kt hotel.. 
Teringat ms buka puasa kt Mandarin Oriental Hotel last year.. Mmg sampai mimpi-mimpi la punya sedap Bread Butter Pudding kt situ..
Nasib baik terjumpa resepi kak Nani ni.. Mmg marvelous lah.. 
Gambar puding kt bwh ni Ct amik kt blog kaka Nani je.. Dah siap lupa nk snap gambar.. Tak sabar nk melantak punya pasal..ngeh..ngeh..

source :Nani Rostam

Bread Puding
 
Bahan-bahan :-
Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotc)
Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan
gula 1 cawan
telur 6 biji
esen vanila 1tsb
butter 4 tsb
kismis-agak2
serbuk kayu manis.1tsb

Cara-caranya:
Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. 
Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. 
Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. 
Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim

Cara-caranya:
Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.