Owner!
Mereka yg Ikut Ct! My Tabungan Meh tinggal mesej! Live Traffic! Credit!
| Bread Puding
Assalamualikum WBT..Dah lama resepi ni tersimpan.. Nak publish asyik tertangguh je.. Macam la ko busy sgt makcik Ct oooiii.. hukk..huk..huk.. Ct mmg suka betul dgn puding roti ni.. kalo mak Ct dia panggil Bengkang Roti.. Tapi takde la cream sos sauce bagai kan.. Mmg sedap la.. Tapi resepi ni Ct dapat dari kak Nani Rostam . Nani Rostam ni mak Hanis Zalikha tau.. patut la si Hanis tu cantik.. Mak dia pun sama cantiknya.. Membodek ke hapa ko ni Ct..huhu.. Resepi ni mmg sedap.. Rasa puding roti bersama cream sauce ni ala-ala kt hotel.. Teringat ms buka puasa kt Mandarin Oriental Hotel last year.. Mmg sampai mimpi-mimpi la punya sedap Bread Butter Pudding kt situ.. Nasib baik terjumpa resepi kak Nani ni.. Mmg marvelous lah.. Gambar puding kt bwh ni Ct amik kt blog kaka Nani je.. Dah siap lupa nk snap gambar.. Tak sabar nk melantak punya pasal..ngeh..ngeh..
source :Nani Rostam
Bread Puding
Bahan-bahan :-
Roti 10 keping (kalau
nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotc)
Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan
gula 1 cawan
telur 6 biji
esen vanila 1tsb
butter 4 tsb
kismis-agak2
serbuk kayu manis.1tsb
Cara-caranya:
Sapu
butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas.
Tuang bancuhan,
susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi.
Biarkan
roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk
kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar.
Bakar di oven
yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar
selama 30 minit
Sos Krim
Cara-caranya:
Panaskan
satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih
masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen
vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan. |