Owner!
Mereka yg Ikut Ct! My Tabungan Meh tinggal mesej! Live Traffic! Credit!
| Laksa Utara dan Bubur Kacang Mervelous
Assalamualaikum..Dah lama tak update blog.. hari-hari buka tapi idea nya mcm biskut chipsmore.. kejap ada..kejap takde.. Last weekend, tetiba angin rajin sudah mari... maka terjadilah seperiuk kuah laksa..yum..yum.. Ditambah lagi dengan bubur kacang hijau bersagu..yummy.. Itu lah..kan den dah kobaan.. kalo angin rajin tu mari, macam-macam den nak masak.. hehe.. Nak ikutkan Ct ni mmg suka sgt mkn laksa.. kira mmg favourite dari kecik hingga sekarang.. Sampaikan makcik Ct gelar Ct ni Hantu Laksa..huhu.. Amek kaw.. satu hari tu Ct mkn laksa je.. siang mlm..huhu..penangan berpantang laksa hampir 2 tahun.. kui..kui..kui.. Meh layan resepi laksa yg Ct belajar dari emak since sekolah lagi..
*sungguh tak lawa mangkuk plastik tuh..huhu
Laksa Utara sumber: sendiri Bahan Kuah: Bahan A: 10 ekor Ikan rebus (boleh gunakan ikan sardin@selayang ataupun ikan kembong) air rebusan ikan Bahan B: 15 tangkai cili kering (ikut kepedasan sendiri) 4 ulas Bawang besar Belacan (sebesar ibu jari) 5 asam keping Daun kesom Bunga Kantan garam ajinomoto (optional) Cara: Rebus ikan bersama 2 keping asam keping. Setelah msk toskan dan asingkan isi ikan dan tulang ikan. Air rebusan jangan dibuang kerana akn digunakan semula. Blander lebihan tulang ikan dan tapis utk ambil airnya shj. Blander isi ikan dan campurkan bersama air rebusan ikan td kedalam periuk kuah. Blander bahan B dan campurkan kedalam periuk kuah td.Panaskan periuk dan masak kuah. Masukkan asam keping. Asing daun kesom dari tangkainya. Belah 2 bunga kantan td dan masukkan bersama daun kesom kedalam periuk kuah. Masukkan garam dan ajinomoto. Masak kuah hingga nampak tidak terlalu cair. Ulam laksa: Bawang besar Timun Salad Cili Padi Limau nipis Cara: Hiris nipis bahan ulam laksa kecuali limau. Hidangkan bersama laksa. Bubur Kacang Bersagu sumber: Blog Sinar Kehidupanku dan olahan sendiri Bahan:- Kacang Hijau (basuh dan rendam semalaman) Daun pandan sagu Gula Merah Gula anau @ gula melaka (kebetulan ada) Santan susu cair (kebetulan ada) sedikit garam Cara:- Rebus kacang hijau. masukkan sagu. Bila agak empuk, masukkan santan dan daun pandan. kemudian masukkan gula Anau dan gula merah. tambah sedikit susu cair. Agak-agak dh masak, masukkan sedikit garam (utk tmbah rs lemak pd bubur). * Weekend ni ada kwn nk dtg rumah.. tgh memikior apa nk masak nanti..huhu |