apabila ct Membebel

Owner!


[My words]
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)

Status : YOUR STATUS HERE


Mereka yg Ikut Ct!


My Tabungan



Meh tinggal mesej!


Live Traffic!


Credit!


Basecode by: Syuhada
Template by: Izyanyancinnamon
Full edited: Ct
Best view: Mozilla firefox
semalam punya cerita..


Tak penah dlm idup Ct hapdet blog hari Isnin..
Kalo org lain rsnya tgh melayan monday blues..
aku plak harini terlebih 'good mood' plak..

Happy sbb smlm dpt memborong tudung bawal Adijuma kowt...
haha..

Mmg target weekend baru2 ni nak memborong sbb dh tau kat insta datin juma yg Adijuma ada buat sale utk white label RM1..

RM10 jeee?????!!!!!

Tunggu Ct tak meroyan nak memborong..
Nasib baik ler hubby pn jenis tak kisah melayan kehendak bini yg meroyan nk p boutique Adijuma..huhu..

Mula-mula kitaorg pegi yang dekat Bukit Jelutung.. tak pernah pegi sebelum ni so kitaorg bantai g kt Space U8...tapi takde la plak.. check kat internet alamatnya lain...

Gigih laki bini mencari jalan.. jumpa jgk akhirnya.. ghopenye dkt ngan area office Ct.. Tapi Ct tak dok office situ..sbb tu Ct tak tau...haha..


Elok dah sampai, tgk2 pagar dah tutup.. tanya staff dia kat situ rupanya tutup awal utk kira stok..
Pulakkkk...

Lepas tu gigih jugak nk, Ct pun ajak hubby g kat The Curve..
Nasib baik hubby pn on je...

Dah sampai sana, melilau cari sampai jumpa..

Tapi yang tinggal dah tak banyak.. maybe org dah ramai memborong hari sebelumnya..
ko hari ahad baru nak g..mmg tinggal stakat mana yg ada je r kan..huhu...

Yang black label pun boleh thn harganya.. RM39 je.. tp disbbkan belum gaji, den boli yg white label 10 hengget tu 4 helai ja...

Boleh la kannn..

Sorry r gambar takde sbb ms tu bateri handphone dh kong terus.. nk mintak hubby amikkan gambar pun lupa..













i'm so excited








nampak tak betapa excitednya Ct. ke Ct lg excited dari bdk ni..hehe..

Sebenarnya Ct excited sbb bakal mendapat adik ipar..ngeh..ngeh..

Adik ct yg kedua dh selamat bertunang 2 minggu lepas..
Dengan org Yan, Kedah.

Dalam kepala ni dok ligat memikir plan and idea DIY.

Antaranya:-
- pelamin buat sendiri
- TQ tag
- hiasan bilik pengantin
- etc

contoh-contoh utk rujukkan:-






 



#notatangan:- org lain yg nak kawen, ko plak yg lelebih..hehe



#prayformh370
assalamualikum..



Sabtu lepas kita dikejutkan dengan kehilangan flight Malaysia Airlines MH370.anda
Hingga ke hari ini kehilangan pesawat itu adalah misteri..

Tiada sebarang tanda pesawat itu terhempas, hijack etc..

Mmg menjadi  persoalan semua pihak..malahan seluruh dunia..

Hanya Allah SWT maha mengetahui apa yg berlaku..
Doaku semoga dipermudahkan urusan pencarian dan berikan satu kepastian utk hal ini agar keluarga mereka
tenang dan mndapat tau bagaimana keadaan keluarga mereka..



#prayformh370



Double Steam Cell Halal ke Tak?

Dah lama betul tak update post kat blog nih..

Yolah..den skarang ni dh buat part time business tau..
ececece..

Bukan biz MLM or biz yg bukan-bukan tau..

Ct sebenarnya buat biz pretzels.. tp biz ni ct buat kat instagram je..



sesapa yg sudi, jengah la yea @cutepretzelicious

Ct amik order utk door gift utk sebarang majlis jgk tau..

ewaahhh..sempat la plak ko promote biz ko Ct..huhu



uolls tau pasal Double Steam Cell (DCS)?
Baru-baru ni kecoh di FB yang produk ni dah salah guna logo halal.


Wartawan TV3, bro Mazidul Akmal ada reveal yg produk ni sebenarnya takde
sijil halal tp letak logo halal pd kotak packagingnya.

Org-org DCS pakat dok backup..
ada yg kata sijil halal dh tamat tempoh..
ada jgk yg kata sdg dalam process..

kalau betul sdg dalam process, tak sepatutnya letak lagi logo halal tu..
mmg sah-sah la salah guna..kan kan ;)



Kalo nk tau detail boleh baca kt blog bro Mazidul.
Ada banyak entri pasal produk ni dalam blog dia..
Ct nak citer balik pun mcm malas je..


Yang terbaru, seoramg pengkaji steam cell tampil membongkar 'penipuan' DSC ni..
Nak tau detail boleh baca kt sini tengoktvonline.blogspot.com

Ct pun mula-mula "wow" jgk bila tgk upline-upline dok update income depa sampai riban-riban dalam masa seminggu..
Bila pikir kan balik konsep MLM ni, Ct mmg tak minat.. mmg la kena rajin br income riban-riban tu dtg..
Kalo nk dok saja tp duit masyuk, korang kena jgk usaha keras pd awalnya kan..bila dh ramai downline, br boleh dok goyang kaki saja..

Sesungguhnya mmg sy tak minat..



























Anak mengidap G6PD Defficiency?
Assalamualaikum..

Ct tak tahu macammana nak mulakan entry ni..tapi Ct nak share sikit berkenaan G6PD. 

Entry kali ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri.
Buat yang pertama kali dengar perkataan G6PD, ianya singkatan daripada perkataan Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase(G6PD). Sebenarnya ia merupakan sejenis enzim keturunan yg terdapat didalam sel darah merah manusia.
     

G6PD ni lebih kurang sebagai perisai kepada sel darah merah pabila terdedah kepada jangkitan ,ubatan  tertentu ataupun makanan.
 

Kaedah mengetahui kekurangan enzim ini.
Bila seseorang bayi lahir ,pihak hopital akan membuat pemeriksaan darah. Dari ujian darah kekurangan enzim ini dapat di kesan .Pihak hospital akan maklumkan kepada ibu bapa bayi.
    
     Sumber : http://manazgold.blogspot.com/2010/12/apa-tu-g6pd.html

Terus terang CT katakan, anak kedua CT, Umar merupakan pengidap G6PD Deficiency.
Pada saat doctor bagitau yg Umar pengidap G6PD, itulah kali pertama CT dan suami dengar perkataan tu..
Jadi dalam benak otak kami berdua itu adalah satu penyakit yang sgt serius dan bahaya..
Mmmg doctor ada terangkan mengenainya tapi disebabkan CT ni blur langsung pasal penyakit tu so mmg tak boleh nak terima langsung..


Buat ibu bapa yang baru dapat baby dan disahkan mengidap G6PD, pertama kali Ct nasihatkan jangan panik or blame antara satu sama lain yang kononnya jadi punca anak ada kekurangan enzim G6PD. Macam Ct sendiri, mulanya doc kata Ct adalah pembawa. Sebabnya kata doc perempuan adalah pembawa dan pengidap adalah lelaki. So, bila anak CT terkena penyakit ni, maknanya CT la pembawa.. Itu merujuk pada teori yang doc tu..huhu

Mak mertua pun dok cakap yg keluarga dia tak pernah ada penyakit tu..huhu..
Mungkin bukan niat dia tapi I terasa jgk tau...huhu..
Akhirnya kami dapat tahu yang keluarga bapa mertua mmg ada penyakit ni sebab dua org sepupu husband punya anak yang hidap G6PD deficiency jgk.


Lepas baby dah disahkan ada kekurangan enzim G6PD ni, doctor akan bawa ke NICU (ward intensif baby) utk memantau baby sekurangnya 3 hari.
Sebabnya baby yg kekurangan enzim G6PD ni mudah terkena jaundice.

Masa di NICU tu Ct pun kena discharge dr wad bersalin dan berpindah ke situ untuk menyusukan Umar.
Sewaktu di NICU tu boleh kata hari-hari doctor akan amik darah utk buat macam-macam ujian..
Ini adalah untuk check samada Umar ada masalah lain atau tak.. Nak dijadikan cerita pulak kulit baby dah mula nampak sedikit jaundice sehari lepas bersalin tapi bacaan jaundice nye tak tinggi sangat. Lepas tu hari ketiga, bacaan jaundice makin tinggi dan perlu diletakkan dibawah lampu biru.

Baru berangan nak balik tapi kena bermalam lagik kat hospital.. sob..sob..

Suami pulak mencari pelbagai rujukkan mengenai G6PD ni.. kakak ipar pun sama..
Ct pun ada jgk google kat hp.. (kat wad baby takde tv or wifi. hospital daerah la katakan..huhu)
Ada yang suruh amik Alpha Lipid utk kuatkan immune system baby la..bla..bla..bla.. Nonsense betul..grrrr...

Panjang plak cerita ni. Tapi Ct nak ringkaskan je. Kalau anda pertama kali punya anak yang hidap G6PD Deficiency:
        1. Penyakit ni lebih kurang macam alahan.
        2. Tak payah bagi any produk yang kononnya utk kuatkan immune system baby.. menyusukan anak seperti biasa sebab susu ibu adalah membantu immune system baby.
        3. Jangan amik sebarang jamu masa dalam pantang.
        4. Boleh guna minyak telon or vicks.
        5. Kalau baby anda kena jaundice, kena sabar sebab baby G6PD ni kalo kena jaundice mmg lama. Anak saya lbh sebulan.
        6. Jangan dedahkan baby dengan bahan-bahan larangan seperti ubat gegat, ubat nyamuk, ridsect ke    shildtox ke, yg H2o punya shildtox ke..sumer tak leh.. Ubat nyamuk yg asap, ke spray ke, elektrik ke sumer tak boleh.. sbb ada bahan dalam ubat nyamuk ni tak boleh terdedah pd pengidap G6PD ni.
        7. Jgn sekali-kali bagi anak makan kacang parang or makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau soy produk. Anda yang susukan baby G6PD ni pun kalau boleh jgn makan.
        8. Kalau pergi g klinik untuk amik ubat ank, kena bagitau anak ada G6PD pd doctor. Sbb ada antibiotik dan ubat yang tak boleh diambil oleh pengidap G6PD. Anda yang menyusukan baby G6PD pun sama.. kena bagitau doctor yang anda brestfeeding baby G6PD.
        9. Kena bagitau anak yang dia adalah pengidap G6PD dan terangkan padanya apa yang perlu dia elakkan.
       
Kalau anak terdedah dengan bahan larangan tersebut kesannya sel darah merah akan pecah dan badan akan terasa sakit.  Pesakit mungkin akan kencing berdarah. Pesakit juga akan demam, sakit belakang, pening dan menggeletar selain pneumonia.

Ada jgk yang kata boleh hilang penyakit ni bila besar tapi itu mungkin yang intermediate. Kalo G6PD Deficiency mmg kekal seumur hidup.

Boleh juga rujuk di http://ukhtijayyidahpenawarhatiku.blogspot.com/2012/01/apa-itu-penyakit-g6pd.html



















Laksa Utara dan Bubur Kacang Mervelous
Assalamualaikum..
Dah lama tak update blog.. hari-hari buka tapi idea nya mcm biskut chipsmore.. kejap ada..kejap takde..

Last weekend, tetiba angin rajin sudah mari... 
maka terjadilah seperiuk kuah laksa..yum..yum..

Ditambah lagi dengan bubur kacang hijau bersagu..yummy..

Itu lah..kan den dah kobaan.. kalo angin rajin tu mari, macam-macam den nak masak.. hehe..

Nak ikutkan Ct ni mmg suka sgt mkn laksa.. kira mmg favourite dari kecik hingga sekarang..
Sampaikan makcik Ct gelar Ct ni Hantu Laksa..huhu..
Amek kaw.. satu hari tu Ct mkn laksa je.. siang mlm..huhu..penangan berpantang laksa hampir 2 tahun.. kui..kui..kui..
 

Meh layan resepi laksa yg Ct belajar dari emak since sekolah lagi..

 *sungguh tak lawa mangkuk plastik tuh..huhu

Laksa Utara
sumber: sendiri

Bahan Kuah:
Bahan A:
10 ekor Ikan rebus (boleh gunakan ikan sardin@selayang ataupun ikan kembong)
air rebusan ikan 
Bahan B:
15 tangkai cili kering (ikut kepedasan sendiri)
4 ulas Bawang besar
Belacan (sebesar ibu jari)

5 asam keping

Daun kesom
Bunga Kantan
garam
ajinomoto (optional)

 
Cara:
Rebus ikan bersama 2 keping asam keping. Setelah msk toskan dan asingkan isi ikan dan tulang ikan.
Air rebusan jangan dibuang kerana akn digunakan semula.
Blander lebihan tulang ikan dan tapis utk ambil airnya shj.
Blander isi ikan dan campurkan bersama air rebusan ikan td kedalam periuk kuah.

Blander bahan B  dan campurkan kedalam periuk kuah td.Panaskan periuk dan masak kuah. 
Masukkan asam  keping. Asing daun kesom dari tangkainya. Belah 2 bunga kantan td dan masukkan bersama daun kesom kedalam periuk kuah. Masukkan garam dan ajinomoto. Masak kuah hingga nampak tidak terlalu cair.


Ulam laksa:
Bawang besar
Timun
Salad
Cili Padi
Limau nipis 

Cara:
Hiris nipis bahan ulam laksa kecuali limau. Hidangkan bersama laksa.






Bubur Kacang Bersagu
sumber: Blog Sinar Kehidupanku dan olahan sendiri

Bahan:-
Kacang Hijau (basuh dan rendam semalaman)
Daun pandan
sagu
Gula Merah
Gula anau @ gula melaka (kebetulan ada)
Santan 
susu cair (kebetulan ada)
sedikit garam

Cara:- 
Rebus kacang hijau. masukkan sagu.
Bila agak empuk, masukkan santan dan daun pandan.
kemudian masukkan gula Anau dan gula merah. tambah sedikit susu cair.
Agak-agak dh masak, masukkan sedikit garam (utk tmbah rs lemak pd bubur).

* Weekend ni ada kwn nk dtg rumah.. tgh memikior apa nk masak nanti..huhu

 



 


 

 




Bread Puding
Assalamualikum WBT..

Dah lama resepi ni tersimpan.. Nak publish asyik tertangguh je.. 
Macam la ko busy sgt makcik Ct oooiii.. hukk..huk..huk..

Ct mmg suka betul dgn puding roti ni..
kalo mak Ct dia panggil Bengkang Roti.. Tapi takde la cream sos sauce bagai kan..
Mmg sedap la..

Tapi resepi ni Ct dapat dari kak Nani Rostam .
Nani Rostam ni mak Hanis Zalikha tau.. patut la si Hanis tu cantik.. Mak dia pun sama cantiknya..
Membodek ke hapa ko ni Ct..huhu..


Resepi ni mmg sedap.. Rasa puding roti bersama cream sauce ni ala-ala kt hotel.. 
Teringat ms buka puasa kt Mandarin Oriental Hotel last year.. Mmg sampai mimpi-mimpi la punya sedap Bread Butter Pudding kt situ..
Nasib baik terjumpa resepi kak Nani ni.. Mmg marvelous lah.. 
Gambar puding kt bwh ni Ct amik kt blog kaka Nani je.. Dah siap lupa nk snap gambar.. Tak sabar nk melantak punya pasal..ngeh..ngeh..

source :Nani Rostam

Bread Puding
 
Bahan-bahan :-
Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotc)
Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan
gula 1 cawan
telur 6 biji
esen vanila 1tsb
butter 4 tsb
kismis-agak2
serbuk kayu manis.1tsb

Cara-caranya:
Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. 
Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. 
Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. 
Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim

Cara-caranya:
Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.